Selasa, 7 April 2015

Andai Itu Takdinya III

Wayar yang berselirat penuh ditubuh Hairil dipandang sayu. Air matanya menitis laju tidak berhenti-henti. Hatinya sedih melihat keadaan Hairil yang tidak bermaya. Nur Amirah nekad. Dia harus bertindak. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk terus menjadi isteri kepada lelaki bernama Zailani. Dia tidak kisah jika dirinya yang dipukul, dicaci maki. Tapi dia tidak sanggup melihat Hairil yang menjadi mangsa. Hairil ditatangnya bagai minyak yang penuh. Hilang separuh dari nyawanya melihat keadaan Hairil. "Maafkan mama sayang" Nur Amirah mengucup Hairil berkali-kali. Dia menangis teresak-esak.

Hairil jatuh terjelepuk. Zailani seolah-olah dirasuk. Dia masih belum puas. Zailani menampar-nampar Hairil. Tidak cukup dengan itu, disepaknya tubuh kecil Hairil. "Anak sial!!" Zailani memaki hamun Hairil. Tangisan Hairil tidak lagi kedengaran. Hairil sudah tidak sedarkan diri. Tubuh kecilnya tidak lagi mampu menampung penderitaan. Zailani panik. Melihat Hairil yang sudah kaku tidak bergerak. Terkoncoh-koncoh dia berlari keluar meninggalkan Hairil terlantar dilantai berlumuran darah.

Nur Amirah berasa tidak sedap hati apabila melihat pintu rumah dibiarkan terbuka. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati ketika meninggalkan Hairil bersama Zailani. Dia cepat-cepat membayar barang-barang yang dibelinya. Ketika sampai dirumah, dilihatnya pintu pagar dibiarkan terbuka. Bimbangkan sesuatu yang terjadi kepada Hairil. Nur Amira terkaku. Melihat keadaan Hairil yang berlumuran darah. Dia berlari mendapatkan Hairil. "Hairil sayang!. Bangun sayang. Ini mama sayang". Nur Amirah meraung. Luluh hatinya melihat Hairil yang terkulai layu dipangkuannya.

Nur Amirah kesal. Menyesal meninggalkan Hairil bersama Zailani walaupun hanya sekejap. Sebelum keluar membeli barang. Dia bertengkar kecil dengan Zailani. Semuanya gara-gara kerana Zailani tidak dapat wang seperti yang dimintanya. Nur Amirah sudah kehabisan wang. Wang yang ada untuk dia gunakan membeli barang-barang jualan untuk esok. Zailani hanya tahu menghabiskan wangnya berfoya-foya dengan isteri keduanya. Zailani naik berang. Habis diungkitmya tentang Hairil. Tentang duit keperluan yang banyak dihabiskan untuk Hairil yang baru berusia setahun. Dia mengatakan Hairil cuma membawa beban.

Prang!!...Bunyi pasu jatuh berderai memecah lantai. Zailani naik hantu. Sudahlah hatinya sakit bertengkar dengan Nur Amirah tidak hilang lagi. Ini ditambah lagi dengan Hairil yang membuat perangai. Tangisan Hairil tidak dihiraukan. Dia seperti dirasuk amarah. Kerana Hairillah dia bertengkar dengan Nur Amirah. Kerana Hairillah dia tidak dapat duit yag diminta pada Nur Amirah. Marahnya sudah sampai kemuncak. Zailani berang kerana dia sudah berjanji dengan Suri Yanti isteri kesayangan untuk membawanya pergi bercuti di Pangkor. Nilai kemanusiaannya telah hilang dihasut kemarahan. Hairil yang baru setahun dijadikan tempat melepaskan kemarahannya. Langsung tangisan sikecil itu tidak terkesan dihatinya. Hatinya puas. Bagaikan baru tersedar yang dia sudah melampaui batas apabila tangisan Hairil tidak lagi kedengaran. Dia cepat-cepat meninggalkan Hairil yang sudah pengsan tidak sedarkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan