Sabtu, 11 April 2015

Karma IV

Hujan lebat melimpahi bumi. Fairuz Zhaffri dan Ainul Mardeena terperangkap didalam kereta. Kereta Fairuz Zhaffri rosak dan terkandas ditepi jalan. Ingin meminta pertolongan hari telah lewat malam. Tidak ada sebuah kereta yang melalui jalan itu. Bila berdua tentunya ada yang ketiga. Mereka akhirnya terhasut jua. Mereka terlanjur dek kerana menurut hawa nafsu.

Ainul Mardeena resah. Panggilan dan mesejnya langsung tidak berbalas. Sudah dua bulan dia tidak datang haid. Dia bimbang. Selepas dari kejadian itu, Fairuz Zhaffri berkali-kali memohon maaf dan berjanji akan bertanggungjawab. Apabila Fairuz Zhaffri kembali ke Sabah langsung mereka terputus hubungan. Fairuz Zhaffri menjauhkan diri darinya. Ainul Mardeena pasti yang Fairuz Zhaffri telah meninggalkannya. Fairuz Zhaffri tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi.

Berhari-hari dia berendamkan air mata. Kesalnya dengan perbuatannya. Dia tidak menyalahkan Fairuz Zhaffri seratus peratus. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Dia juga hanyut terhasut dek nafsu. Dia yang terlalu bodoh menyerahkan diri. Mereka melakukannya dengan kerelaan hati masing-masing. Tiada paksaan. Tapi hatinya hancur. Sungguh langsung dia tidak menyangka Fairuz Zhaffri melepaskan tangan begitu sahaja.. Mana perginya janji manis yang kononnya setia hujung nyawa. Lautan api sanggup direnanginya demi cinta mereka berdua.

Hilang sudah kepercayaannya pada Fairuz Zhaffri. Bertahun menganyam cinta. Akhirnya dia ditinggalkan menanggung beban yang berat. Dengan kandungan yang makin hari makin membesar. Dia dan keluarga terpaksa menanggung malu akibat dari perbuatannya dahulu. Ainul Mardeena mengusap lembut perutnya. "Jangan risau baby, ibu tetap akan sayangkan baby, ibu akan besarkan baby dengan penuh kasih sayang" Ainul Mardeena menyeka air matanya. Dia harus kuat demi anak yang dikandungnya. Setiap bayi yang lahir itu suci. Yang berdosa adalah dia dan Fairuz Zhaffri.

Tangisan bayi kedengaran nyaring. Asyraf Munif baru berusia dua hari. Ainul Mardeena tidak sempat melihat anaknya. Ainul Mardeena menghembuskan nafas terakhirnya sebaik sahaja Asyraf Munif dilahirkan. Ainul Mardeena mengalami komplikasi ketika melahirkan Asyraf Munif. Kamal dan Asmah redha dengan pemergian satu-satunya puteri tunggal mereka. Kini Asyraf Munifla penyambung kasih mereka. Mereka berjanji akan membesarkan Asyraf Munif sebaik mungkin. Insyaallah Asyraf Munif akan menjadi anak yang soleh.

~ Tamat ~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan