Khamis, 2 April 2015

Cinta Si Bambam dan Si Comel I


"Hey!!..awak tunggu!!" Haris Fadhilah mengejar Queena Hafizah. Queena Hafizah yang berlari-lari anak tersadung kakinya lalu terjatuh. "Aduh!" Queena Hafizah terjerit kecil sebaik saja tubuhnya mencium lantai. Dia hairan bila ditegur dan dikejar lelaki yang tak dikenalinya. Bermacam-macam pekara buruk berlegar-legar difikirannya.

"Hah!! itulah awak lari lagi dari saya." Haris Fadhilah berkata sambil cuba membantu Queena Hafizah untuk bangun. Queena pantas menempis. Tidak gemar disentuh lelaki yang bukan ajnabinya. "Awak nak apa?? kenapa kejar saya??" soal Queena Hafizah sebaik saja dia dapat menenangkan diri. Haris Fadhilah tersenyum sumbing melihat kegugupan Queena Hafizah. Lama dia menilik wajah Queena Hafizah. Queena Hafizah berasa tidak selesa dengan situasi itu. Dia mula mengorak langkah meninggalkan Haris Fadhilah yang tidak nampak seperti ingin menjawab pertanyaanya.

"Hey! nanti dulu!" Haris Fadhilah cuba meraih tangan Queena Hafizah. Queena Hafizah pantas mengelak. "Awak nak apa hah??" Queena Hafizah mula hilang sabar. Sudahlah hari ini bermacam pekara buruk yang terjadi kepadanya. Ditambah pula dengan lelaki yang tidak dikenalinya ini. "Awak tak ingat saya?" Haris Fadhilah cuba mendapatkan kepastian. Queena Hafizah merenung lama wajah dihadapanya. Berkulit cerah, bermata sepet sekali pandang wajahnya persis kacukan cina dan matsalleh ditambah dengan ketinggianya seperti seorang model. Lelaki dihadapannya mempunyai pakej yang lengkap dan tentunya menjadi kegilaan ramai wanita.

Queena Hafizah menggeleng perlahan. Puas sudah diperah otaknya. Wajah dihadapanya tidak langsung ada dalam memori ingatannya. Haris Fadhilah mengeluh hampa. Dia pasti dan masih ingat jelas diingatannya. Queena Hafizah gadis yang telah menambat hati sejak dulu lagi. Cinta pertamanya sejak dibangku sekolah rendah. Mana mungkin dia melupakan wajah yang dirindui saban waktu itu. "Saya Haris Fadhilah anak tauke Malik kilang sarung tangan Taman Bersatu. Awak Queena Hafizah kan anak Mak Cik Melur?". Haris Fadhilah masih ingin mencuba nasib. Mana tahu Queena Hafizah masih ingat kepadanya.

Queena Hafizah membisu. Dia cuba mencerna tiap bait kata yang terluah dari bibir Haris Fadhilah. Wajahnya yang kelat mula berubah rona. "Haris! Haris Fadhilah yang gemuk tu. Haris anak Tauke Malik?". Dia mula dapat meningati siapa lelaki dihadapanya. Haris Fadhilah tersenyum seperti kerang busuk. Dia mengangguk pantas mengiyakan kata Queena Hafizah. "Awak dah banyak berubah. Saya hampir tak kenal awak" Queena Hafizah tersenyum manis. Dia mula dapat mengingati siapa Haris Fadhilah lelaki yang kini berada dihadapanya. 

Haris Fadhilah adalah sahabat baiknya ketika disekolah rendah. Haris Fadhilah merupakan anak Tauke Malik pemilik kilang sarung tangan tempat ibunya bekerja iaitu Makcik Melur. Setiap petang Queena Hafizah akan menemani ibunya dikilang sebaik sahaja dia pulang dari sekolah. Disitulah dia dan Haris Fadhilah menghabiskan masa bermain bersama-sama. Bagaimanapun persahabatan mereka terputus selepas Haris Fadhilah dan keluarganya berpindah dan kilang sarung tangan tersebut ditutup.

Kini setelah beberapa tahun terpisah. Takdir menemukan mereka kembali. Queena Hafizah walaupon sudah menginjak dewasa wajahnya tidak banyak berubah. Masih kelihatan comel dimata Haris Fadhilah. Cuma kelihatan lebih matang seiring dengan penambahan usianya. Haris Fadhilah mengucap syukur. Tiap hari dia berdoa agar dipertemukan dengan Queena Hafizah. Akhirnya doanya dimakbulkan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan