Selasa, 7 April 2015

Andai Itu Takdirnya II

Nur Amirah melepaskan lelah dikerusi empuknya. Dia bersyukur hari ini jualannya semua habis dijual. "Aku nak duit". Zailani sedang bersiap-siap sambil menyanyi kecil. Dia sudah berjanji untuk membawa isteri keduanya Suri Yanti menonton wayang. Nur Amirah mengeluh. "Saya mana ada duit." Nur Amirah membalas. "Eh! aku tengok jualan semua habis. Tak kan tak ada duit lagi." Zailani meninggikan suara. Marah apabila kemahuannya tidak dituruti. Nur Amirah mengeluarkan duit hasil jualan. Dia malas mahu bertengkar lagi dengan Zailani. Dia sudah penat. Zailani tersenyum gembira. "Macam ni lah isteri solehah" Sahaja Zailani menekan solehah itu. Dia berlalu pergi. Hatinya berbunga-bunga ingin bertemu dengan isteri keduanya.

Menitis air mata Nur Amirah melihat sikap suaminya. Segala-galanya telah dia korbankan untuk Zailani. Setelah dua puluh tahun berkahwin. Mereka masih tidak dikurniakan anak. Kerana kasihkan Zailani yang inginkan anak sendiri, dia mengizinkan Zailani berkahwin lain. Zailani memilih Suri Yanti gadis dari Indonesia yang datang bekerja di Malaysia. Walaupun Zailani tidak berkerja, dia sanggup membiayai majlis perkahwinan kedua Zailani. Kini setelah lima tahun usia perkahwinan Zailani dengan Suri Yanti mereka masih tidak dikurniakan anak.

Kehadiran Hairil umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Dia yang sememangnya inginkan zuriat menerima baik Hairil setahun yang lalu. Hairil adalah anak angkat yang diambil sebaik sahaja dilahirkan. Ibunya baru berusia tiga belas tahun. Ibunya hamil kerana diperkosa datuk angkatnya. Kerana keluarganya miskin tidak mampu untuk menjaga Hairil. Nur Amirah mengambilnya sebagai anak angkat. Kini Hairillah penyeri hidupnya. Kerana Hairil dia kuat mengharung hari-hari yang mendatang.

Zailani dan Suri Yanti masih bergantung sepenuhnya kepada Nur Amirah. Mereka berdua tidak berkerja. Sebaik dia menikah dengan Zailani. Zailani menyuruhnya berhenti kerja. Segala perbelanjaan semuanya ditanggung oleh Nur Amirah kerana Zailani sendiri tidak berkerja. Mereka hidup hanyalah berfoya-foya dengan hasil titik peluh Nur Amirah. Dia tidak kisah dengan semua itu. Yang penting dia dapat hidup senang dengan Zailani. Dia tidak kisah dengan kesusahan Nur Amirah.

Nur Amirah tahu keluarganya tidak bersetuju dengannya. Amran sendiri sudah menasihatnya berkali-kali. Tapi Nur Amirah tetap dengan keputusannya. Dia sangat kasihkan Zailani. Dia sanggup buat apa sahaja untuk melihat kebahagian Zailani. Zailani adalah cinta pertamanya. Dia tidak kisah hatinya dilukai berkali-kali asalkan suaminya Zailani bahagia. Baginya kebahagiaan Zailani adalah kebahagiaanya juga. Hubungannya dengan keluarganya juga sudah mula renggang. Sejak peristiwa pergaduhan kecil dulu satu-satunya adik kesayangan Nur Amirah, Amran seolah-olah merajuk dengannya. Tidak lagi dia datang melawat kakaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan