Khamis, 9 April 2015

Karma I

Tangisan kekesalan bergema memenuhi ruang bilik. Kamal kesal dengan apa yang terjadi. Ainul Mardenna yang ditatang bagaikan minyak yang penuh sanggup menconteng arang dimukanya. Apakan daya nasi telah pun jadi bubur. Marziah menangis pilu. Ainul Mardeena teresak-esak. Berkali-kali dia memohon ampun. Dia mencium-cium kaki Kamal. Memohon keampunan dari ayahnya Kamal. Kamal hanya membatu. Cuba menahan amarahnya. Ikutkan hatinya mahu sahaja ditembaknya Ainul Mardeena dengan senapang patahnya. Tapi kewarasan akal menhalang dari dia bersikap terburu-buru.

"Minum bang" Marziah mempelawa suaminya yang sedang asyik termenung. Cucur udang dan air kopi yang disediakan untuk minum petang dihidangkan dihadapan suaminya. Kamal mengeluh. Putung rokok masih berbaki ditenyeh didalam bekas abu rokok. "Sudahlah tu bang. Nasi dah jadi bubur. Tak ada apa yang boleh kita buat lagi". Marziah cuba memujuk suaminya. Risau dia dengan keadaan suaminnya. Takut kalau darah tinggi suaminya naik akibat terlalu memikirkan masalah yang telah terjadi.

"Apa yang kurang Yah? tak cukupkah didikan yang kita berikan pada anak kita". Kamal meluahkan rasa terkilannya. "Mungkin ini dugaan untuk kita bang. Mungkin kita selama ni terlampau alpa denganNya. Anggaplah ini kifarah pada dosa-dosa kita bang." Marziah cuba menenangkan hati suaminya. Dia juga kesal dan sedih dengan apa yang berlaku. Tapi apakan daya, semuanya telah terjadi. Tidak boleh diputarkan kembali. "Allah" Kamal meraup mukanya lembut. Dia khilaf kerana terlalu mempersoalkan takdir yang telah berlaku. Kata-kata Marziah menyedarkannya dari terus hanyut dalam kesedihan dan rasa terkilan dengan apa yang terjadi.

Ainul Mardeena yang mencuri dengar perbualan kedua ibubapanya menekup mulutnya. Tidak mahu mereka mendengar tangisannya. Dia berasa kesal. Telah melukakan hati kedua ibubapanya. Inikah hadiah yang dia berikan kepada kedua ibubapanya yang selama ini bersusah payah membesarkannya. Ainul Mardeena yang dibelai, dimanja dan ditatang dengan penuh kasih sayang oleh Marziah dan Kamal sanggup menconteng arang kemuka kedua ibubapanya. Ainul Mardeena teresak-esak menahan tangisan. Dia berdosa. Berdosa pada kedua ibubapanya, dan lebih berdosa pada Allah s.w.t yang telah menciptakanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan