Selasa, 7 April 2015

Andai Itu Takdirnya IV

5 tahun kemudian,

"Mama!" Hairil berlari mendapatkannya. Nur Amirah mendepangkan tangannya. Dia memeluk erat Hairil. Dikucup berkali-kali.Hairil terkekeh ketawa kegelian. Melihat Hairil yang kini sudah berusia lima tahun cukup membahagiakannya. Hairil sudah dihantar ke taska. Dia kelihatan riang bermain dengan rakan-rakan seusianya. Peristiwa yang hampir meragut nyawa Hairil itu sudah kian terlupus dari ingatannya.

Zailani dan Suri Yanti ditangkap ketika cubaan melarikan diri ke Indonesia. Zailani telah dipenjarakan atas kesalahan melakukan penderaan fizikal keatas kanak-kanak. Zailani melahirkan kekesalan atas kekasasaranya terhadap Hairil serta Nur Amirah selama ini. Dia sedar akan kesilapannya yang telah dilakukannya. Sari Yanti pula telah pulang ke Indonesia. Dia kembali pulang kepangkuan keluarganya. Dia juga meminta maaf atas sikapnya terhadap Nur Amirah. Dia telah diceraikan dengan talak satu oleh Zailani. Suri Yanti telah berkahwin dengan lelaki tempatan di Indonesia serta telah dikurniakan dua orang anak.

Nur Amirah menarik nafas lega. Tuntutan fasakhnya telah selesai. Dia kini bukan lagi isteri kepada lelaki bernama Zailani. Dia sudah dapat menerima takdirnya. Inilah yang terbaik untuk kehidupannya. Dua puluh lima tahun dia berusaha menyelamatkan rumahtangganya. Takdir menentukan jodohnya hanya sampai disitu. Kasihnya terhadap Zailani juga sudah pudar dihatinya.

Hairil bergerak perlahan. Nur Amirah yang terlena disisi Hairil terjaga apabila terasa ada pergerakkan. "Hairil sayang!" Nur Amirah memanggil lembut. Hairil bergerak lagi. "Doktor!!" Laung Nur Amirah. Dia berlari keluar memanggil doktor apabila melihat Hairil mula tersedar dari koma. Air mata gembira mengalir dipipi Nur Amirah. Dia mengucap syukur doanya dimakbulkan Allah s.w.t. Dipeluk erat Hairil. Dikucup berkali-kali Hairil. Hari ke hari Hairil semakin sembuh. Dia sudah boleh ketawa apabila sepupunya Nadia mengusik. Nur Amirah tersenyum bahagia.

"Adik!" Hairil mencium lembut pipi Hajar. Hajar terkekeh ketawa melihat Hairil. Hajar anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya dalam satu kemalangan ketika dia berusia lima bulan. Nur Amirah mengambil Hajar sebagai anak angkat yang telah diletakan dibawah jagaan Rumah Anak-Anak Yatim Qasidah. Takdirnya dipertemukan dengan Hajar ketika menghantar makanan yang ditempah oleh rumah anak yatim tersebut untuk suatu majlis berbuka puasa oleh penganjur. Ketika pertama kali terpandangkan Hajar dia sudah pun jatuh sayang kepada Hajar.

Hajar yang berusia dua tahun terkedek-kedek berlari mengejar Hairil. Hairil pula tidak sudah-sudah mengacah Hajar. Gelak tawa mereka menghiburkan hati Nur Amirah. Hilang lelahnya yang kepenatan menguruskan restorannya. Kini perniagaan makin berkembang maju. Dia sudah mempunyai dua buah restoran dan bakal membuka restoran yang ketiganya tidak lama lagi. Nur Amirah sudah tidak mahu menoleh lagi. Dia makin maju melangkah. Dia sudah mengecapi kebahagiaannya. Impiannya hanya satu, melihat Hairil dan Hajar membesar dengan sempurna didepan matanya. Dia bersyukur dikurniakan kebahagiaan yang tidak berbelah bahagi. Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

~ Tamat ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan