Selasa, 7 April 2015

Andai Itu Takdirnya I

Suasana membahang. Amran dan Zailani saling berpandangan dengan kebengisan. Masing-masing diamuk kemarahan. "Lepaskan kakak. Kalau kau lepaskan kakak dah lama kakak ada anak". Pang!! satu tamparan hinggap di pipi Amran. Amran terasa pijar pipinya kesan tamparan dari Nur Amirah. "Jangan kau bersikap biadap dengan abang kau Amran" Marah Nur Amirah. Tidak sangka adiknya akan bersikap biadap terhadap suaminya.

"Kakak jangan jadi bodoh. Sampai bila kakak nak hidup dengan lelaki tak guna ni". Amran sudah tidak tahan lagi. Kakak kesayangannya yang lahir dari rahim yang sama menanggung derita yang tidak berkesudahan. Sayu hatinya melihat keadaan diri kakaknya. Kurus dan tidak bermaya. "Sudah!. Jangan kau masuk campur masalah rumahtangga kakak. Pergilah kau balik". Nur Amirah mengarahkan Amran pulang. Dia mahu meleraikan pergaduhan antara adiknya dan suaminya. Zailani tersenyum sinis. Dia tahu Nur Amirah pasti berpihak kepadanya.

"Sudahlah tu bang. Jom kita balik" Pujuk Shamsiah. Dia juga sebenarnya berasa kecut melihat kejadian tadi. Sepanjang lima belas tahun perkahwinannya tidak pernah dia melihat Amran sekasar itu. Amran yang dikenalinya seorang yang sangat penyabar. Malah dengan anak-anak juga Amran tidak pernah berkasar. Amran akhirnya terpujuk juga. Melihat kakaknya menyebelahi Zailani membuatkan dia mengalah. Nur Amirah sangat mencintai suaminya. Tiada apa yang boleh dilakukannya. Amran terus sahaja melangkah pergi. Protes dengan sikap kakaknya yang tidak menyebelahinya. Shamsiah meminta maaf bagi pihak suaminya. Mereka pulang dengan kehampaan.

Nur Amirah mengucup lembut dahi Hairil. Wajah itu dipandang penuh kasih sayang. Nyenyak sungguh Hairil tidur. Mungkin kepenatan bermain dengan sepupunya Nadia. Amran dan Shamsiah datang melawat dia dan Hairil. Tidak sangka kepulangan Zailani akan mencetuskan pergaduhan kecil. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan pergaduhan kecil itu bermula. Kerana ketika itu dia berada didapur untuk menghidangkan minuman pada suaminya Zailani. Terkoncoh-koncoh dia berlari ke ruang tamu apabila bila mendengar kekecohan.

Tergamam dia apabila melihat suaminya sudah mencium lantai. Tumbukkan Amran yang dua Kali lebih besar dari Zailani menyebabkan suaminya tersungkur. Laju dia meluru kearah suaminya. Melihat darah dibibir suaminya meruntunkan hatinya. Nur Amirah melihat tangannya. Dia merasa kesal dengan keterlanjuranya menampar Amran. Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh berpatah balik. Terlajak perbuatan, tidak boleh ditarik balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan