Ahad, 5 April 2015

Cinta Si Bambam Dan Si Comel III


Ketukan dipintu membuatkan Queena Hafizah terjaga dari tidur. Dia sendiri tidak tahu bila dia terlelap. "Kak Chik!" laungan Mak Cik Melur memaksa Queena Hafizah bangun dari pembaringan. Dengan longlai dia melangkah membuka pintu. "Ya mak!" jawab Queena Hafizah lemah. Dia masih dalam keadaan mamai. "Ya Allah!..bertuah punya anak dara. Membuta je kerjanya. Dah pergi bersiap Haris Fadhilah dah lama tunggu kat ruang tamu". Mak Cik Melur terus saja membebel apabila melihat keadaan Queena Hafizah yang tidak terurus.

Haris Fadhilah kelihatan begitu rancak berbual dengan Pak Cik Ibrahim. Entah apa yang dibualkan sampai terkekeh Pak Cik Ibrahim mendengar celoteh si teruna. Queena Hafizah membetulkan tudung yang dipakainya agar lebih kelihatan kemas. Dia duduk disebelah Pak Cik Ibrahim. "Hah!..itu dia anak dara. Takpelah...kamu berdua berbuallah dulu. Pak Cik nak solat Asar sekejap". Pak Cik Ibrahim bingkas bangun meninggalkan mereka berdua. Sengaja dia memberi ruang untuk mereka berbual.

Mereka diam untuk seketika. Queena Hafizah mengeluh bosan apabila Haris Fadhilah hanya mendiamkan diri. "Kenapa?" Haris Fadhilah pantas menoleh dan bersuara. "Kenapa awak datang sini?" Queena Hafizah membalas dengan persoalan. "Saya risaukan awak. Kenapa awak tak jawab panggilan saya? Kenapa tak balas mesej saya?" Tanya Haris Fadhilah bertubi-tubi. Dia yang risau tidak senang duduk, Queena Hafizah hanya buat muka selamba seperti tiada apa-apa berlaku.

Sekali lagi Queena Hafizah mengeluh. "Saya okey" balasnya pendek. Queena Hafizah cuba menyabarkan dirinya. Kalau ikutkan mahu sahaja dia menyuruh Haris Fadhilah balik sahaja. Dia tidak mahu diganggu buat sementara ini. Tapi akalnya melarang. Apalah salah si Haris Fadhilah itu. Dia tak tahu apa-apa. Cuma menunjukkan sikap ambil berat sebagai seorang sahabat. Mereka kembali menyepi. Kekok dengan keadaan yang dialami.

Haris Fadhilah terbatuk kecil. Dia cuba meraih perhatian dari Queena Hafizah. Queena Hafizah pantas menoleh. "Saya sebenarnya ada pekara nak cakap dengan awak". Haris Fadhilah membetulkan duduknya. Dia berasa tidak selesa tiba-tiba. Queena Hafizah cuma mendiamkan diri. Cuba memberi ruang kepada Haris Fadhilah yang nampak sedikit gugup. "Saya nak menyunting awak untuk dijadikan pemaisuri dihati saya". Haris Fadhilah melepaskan nafas lega sebaik sahaja menyatakan niatnya.

Queena Hafizah terpaku. Dia langsung tidak sangka itu yang akan diucapkan oleh Haris Fadhilah. Haris Fadhilah kini hanya menantikan jawapan dari Queena Hafizah. Ketika berbual dengan Pak Cik Ibrahim tadi dia sudah meminta izin dan menyatakan hasrat hatinya pada Pak Cik Ibrahim dan Mak Cik Melur sendiri. Pak Cik Ibrahim dan Mak Cik Melur tiada halangan tapi Pak Cik Ibrahim dan Makcik Melur menyerahkan pada tuan punya badan sendiri, iaitu Queena Hafizah. Pak Cik Ibrahim meminta dia bertanyakan sendiri pada Queena Hafizah.

"Saya cuma menganggap awak tak lebih dari seorang kawan Haris". Queena Hafizah membalas. Tidak mungkin dia dapat menerima Haris Fadhilah sedangkan dia hanya menganggap perhubungan mereka tidak lebih dari seorang sahabat. " Saya tak paksa awak beri jawapan sekarang. Awak fikirlah dulu lamaran saya. Saya akan tunggu jawapan dari awak". Haris Fadhilah meminta diri untuk pulang. Sengaja dia memberi ruang untuk Queena Hafizah berfikir. Dia berharap Queena Hafizah menerima lamarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan