Isnin, 6 April 2015

Cinta Si Bambam dan Si Comel IV


Keriuhan jelas kedengaran. Queena Hafizah merenung imej yang terbias dicermin. Wajahnya yang telah dirias cantik oleh Mak Andak ibu saudaranya. Dia kini lengkap dengan busana pengantinnya. Hatinya berdebar menanti kedatangan pengantin lelaki. Saudara mara dan sahabat handai giat mengusik. Dia hanya tersenyum membalas setiap usikan. Semalam dia selamat diijabkabulkan oleh ayahnya sendiri iaitu Pak Cik Ibrahim. Dengan sekali lafaz dia menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Haris Fadhilah.

Sebaik sahaja dilamar oleh Haris Fadhilah, Queena Hafizah mengerjakan solat Istikarah. Meminta pertunjuk daripada-Nya. Queena Hafizah yakin dengan petunjuk dariNya. Haris Fadhilah menghantar rombongan meminang sebulan selepas itu. Mereka bertunang selama enam bulan sebelum diijabkabulkan. Queena Hafizah cuba menerima takdirnya. Cinta itu tak seharusnya dimiliki. Haris Fadhilah adalah jodoh yang terbaik dan ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi.

Haris Fadhilah mengetuk pintu. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Queena Hafizah sedang khusyuk menunaikan tanggungjawabnya kepada penciptanya. Haris Fadhilah mengambil tab diatas meja solek. Satu persatu gambar yang telah diambil sepanjang majlis resepsinya dibelek lama. Tercetus tawanya melihat gambar-gambar kandid yang diambil tanpa sengaja. Bermacam-macam ragam yang terakam dihari bahagianya.

Queena Hafizah melipat telekungnya lalu disangkut dipenyidai yang disediakan. Dia menghampiri Haris Fadhilah yang sedang duduk dibirai katil. Menjengah apa yang melucukan suaminya. Dia turut sama ketawa melihat gambar kandid itu. "Awak" Queena Hafizah bersuara. Haris Fadhilah menutup tabnya. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Queena Hafizah yang telah menjadi isterinya. "Terima kasih" ucap Queena Hafizah.

Haris Fadhilah menggeleng perlahan. "Abang yang patut ucapkan terima kasih pada sayang". Haris Fadhilah meraih tangan Queena Hafizah. Diusap lembut. "Terima kasih sebab sayang terima abang dalam hidup sayang. Abang berjanji akan jaga sayang selagi diizinkan Allah. Abang tidak akan sia-siakan sayang insyaAllah". Haris Fadhilah berkata sambil mengucup lembut tangan Queena Hafizah. Air mata Queena Hafizah yang mengalir diseka lembut.

Queena Hafizah berjanji akan belajar untuk cuba mencintai suaminya sepenuh hati. Cinta selepas kahwin itu indah. Dia akan belajar melupakan kenangan lalu. Dia berhak untuk mengecapi bahagia. Dia mahu melayari bahtera perkahwinannya hingga ke akhir hayat bersama-sama Haris Fadhilah. Haris Fadhilah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Queena Hafizah yakin Haris Fadhilah boleh menjadi imam dan ayah yang baik untuk anak-anaknya. Dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Dalam kehidupan ini sengaja Allah temukan kita dengan orang yang salah. Agar apabila kita bertemu dengan orang yang betul, kita akan belajar menghargai dengan apa yang kita miliki. Semoga Allah merahmati hubungan mereka suami isteri.

~ Tamat ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan