Khamis, 2 April 2015

Cinta Si Bambam dan Si Comel II


Bunyi deringan dari telefon bimbit hanya dibiarkan mati sendiri. Queena Hafizah tahu siapa pemanggilnya. Sahaja dibiarkan tidak mahu dijawab. Dia memerlukan masa untuk bersendirian. Segala yang berlaku membuatkan hatinya sakit yang teramat sangat. Dia tidak mampu lagi berpura-pura seolah-olah dia seorang yang tabah. Queena Hafizah juga tidak mahu Haris Fadhilah melihat dirinya yang kini sangat lemah. Lemah apabila disakiti oleh cinta seorang lelaki yang langsung tidak menghargai cintanya selama ini.

Haris Fadhilah resah bila panggilannya tidak dijawab. Dia tidak senang duduk seperti cacing kepanasan. Dia bimbang apabila memikirkan Queena Hafizah. Sudah tiga hari Queena Hafizah mendiamkan diri. Sudah berpuluh panggilan dibuat tidak berjawab. Sudah berkajang mesej dihantar juga tidak dibalas. Dia runsing memikirkan perubahan mendadak Queena Hafizah secara tiba-tiba.

Selepas pertemuan yang tidak rancang itu, hubungan yang terputus kembali terjalin. Haris Fadhilah dan Queena Hafizah banyak menghabiskan masa bersama-sama bila ada kelapangan. Queena Hafizah berubah secara tiba-tiba apabila mereka terserempak dengan sepasang suami isteri ketika mereka menonton wayang bersama di Taiping Sentral. Siapakah mereka?.. persoalan itu sering bermain dibenak Haris Fadhilah. Queena Hafizah yang ceria mula berubah sikap selepas pertemuan itu. Dia meminta untuk pulang lebih awal. Sedangkan mereka telah merancang untuk makan malam bersama-sama.

Queena Hafizah membelek-belek album lama ditanganya. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Hatinya hancur berkecai. Pertemuan di Taiping Sentral itu seolah menabur garam diatas luka. Selama ini dia cuba memujuk hatinya. Penantiannya selama ini hanya sia-sia. Selama ini dia setia menanti Izwan Khaleef. Walaupun Izwan Khaleef sudah jarang menghubunginya. Queena Hafizah sentiasa memujuk hatinya bahawa IZwan Khaleef sibuk bekerja di Dubai.

Perubahan Izwan Khaleef mula dirasakan setelah tiga tahun dia bekerja disana. Mulanya perhubungan mereka berjalan dengan lancar. Mereka kerap berhubung walaupun berjauhan. Tetapi Izwan Khaleef mula berubah sikap. Kesibukan kerja juga menyebabkan Queena Hafizah tidak beberapa memikirkan tentang hubungan yang makin rengang itu. 

Hancur hatinya saat melihat kemesraan Izwan Khaleef dengan isterinya. Dia hanya tahu perkahwinan Izwan Khaleef beberapa hari yang lalu. Dia tidak menyangka pertemuannya dengan Nik Nafisha yang sudah lama tidak bertemu akan mendapat berita yang merobek hatinya. Nik Nafisha yang mengikut suaminya berpindah di Terengganu setelah berkahwin pulang ke kampung untuk menghadiri perkahwinan Izwan Khaleef.

Queena Hafizah cuba memujuk hatinya. Dia sukar menerima berita yang disampaikan Nik Nafisha. Baru beberapa hari sebelum pertemuannya dengan Nik Nafisha, Izwan Khaleef ada menghubunginya. Izwan Khaleef bersikap seperti biasa. Walaupun sudah jarang berhubung. Langsung tidak disebut tentang perkahwinannya. Queena Hafizah terkejut apabila ditanya tentang perkahwinan Izwan Khaleef. Dia langsung tidak tahu tentang perkahwinan Izwan Khaleef.

Bagi mengesahkan berita yang disampaikan oleh Nik Nafisha. Queena Hafizah mengagahkan diri untuk kerumah Izwan Khaleef. Biarpun payah dan terluka. Luluh hatinya melihat khemah yang terpasang diluar rumah Izwan Khaleef. Melihat kemeriahan yang meraikan pasangan mempelai membuatkan hatinya bertambah sakit. Queena Hafizah teresak-esak didalam kereta menyaksikan hari bahagia itu dari jauh. Hujan yang mencurah-curah lebat seolah bumi turut menangis bersamanya.

Pertemuan di Taiping Sentral seolah menambah lagi luka yang sedia ada. Hatinya sakit melihat kemesraan Izwan Khaleef dan isterinya. Sukar hatinya untuk melupakan apa yang berlaku. Queena Hafizah menerima pelawaan Haris Fadhilah supaya dia tidak terlalu memikirkan tentang Izwan Khaleef. Queena Hafizah tahu kalau dia bersendirian pasti dia akan mengingati Izwan Khaleef. Tapi pertemuan itu menyebabkan dia gagal mengawal perasaannya. Terpaksa dia meminta untuk pulang awal dan membatalkan makan malamnya bersama Haris Fadhilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan