Khamis, 9 April 2015

Karma III

Kamal mengesat air matanya yang mengalir dipipi tuanya yang sudah berkedut seribu. 'Ya inilah hukum karma' desis hatinya. Dia mengimbau kembali masa silamnya, masa mudanya yang penuh dengan noda.

Bingit suara nyanyian serak-serak basah kedengaran. Anak-anak muda berhibur. Ligat menari-nari mengikut rentak irama. Arak ditunggang tanpa rasa bersalah. Sudah tidak difikirkan halal haram. Puas menghiburkan hati Amer dan Kamal meninggalkan sahabat yang lain. Terhuyung-hayang mereka berjalan menuju ke kereta. Mereka khayal, ketawa walau tiada pekara yang kelakar berlaku, Ketika dalam perjalanan pulang. Kelihatan seorang gadis yang sedang berjalan sendirian. Amer yang khayal ketawa, cepat dia menurunkan cermin kereta. "Hai!cik adik, jalan sorang-sorang ni tak takut ke. Mari abang temankan". Amer dan Kamal ketawa terkekeh. Kamal memberhentikan kereta apabila diarahkan Amer.

Asmah cuba melajukan langkahnya. Malangnya kain yang dipakainya melambatkan pergerakkannya. Dia baru sahaja pulang dari mengaji dirumah Tok Embuh. Dia yang bertembung dengan dua lelaki mabuk merasakan sesuatu yang tidak enak. Dia dapat melihat Kamal memberhentikan kereta. Dia cuba lari, tapi kakinya tersadung terlanggar batu ditengah jalan. Dia kecut, mendengar ketawa Amer yang makin hampir. Amer merentap tangan Asmah. Asmah meronta, dia merayu dilepaskan. Tapi apakan daya kudratnya tidak mampu melawan kudrat seorang lelai yang berbadan tegap seperti Amer. Amer dan Kamal hanya ketawa. Mereka yang khayalan tidak lagi mampu berfikiran waras.

Asmah diheretkan kedalam semak. Rayuan dan air mata Asmah tidak mampu melembutkan hati mereka yang telah mabuk diracuni air kencing syaitan. Asmah diperlakukan tanpa belas kasihan Selesai melempiaskan nafsu serakah. Amer dan Kamal, mereka meninggalkan Asmah begitu sahaja didalam semak tanpa sedikit ada perasaan belas dihati mereka. Mereka hanya ketawa dalam kemabukan.

"Allah" Kamal meraup wajahnya. Kesal yang datang menyucuk hatinya. Rasa berdosa menghantuinya. Selepas dari kejadian itu, Dia langsung tidak nampak lagi wajah Asmah. Asmah dan keluarganya berpindah keluar dari kampung tersebut kerana rasa malu. Kini Kamal sedar, apa yang menimpanya adalah hukum karma yang telah dia lakukan dahulu. Sejak dari kejadian itu, teresak-esak dia memohon ampun atas dosa-dosa lalu dalam tiap kali sujudnya. Kerana perbuatannya dulu, kini anaknya pula yang harus menanggung dosa-dosa masa lalunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan